Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 14 November 2018

Lima pasukan perlu lunas hutang RM2.64 juta


PENGERUSI Jawatankuasa Status FAM, Joehari Ayub. - Foto Luqman Hakim Zubir

Lima pasukan perlu lunas hutang RM2.64 juta


KUALA LUMPUR: Masalah tunggakan gaji terus memalukan kancah bola sepak tempatan apabila lima pasukan didapati 'berhutang' sebanyak RM2.64 juta secara keseluruhan kepada pemain dan pegawai pasukan.



Tunggakan tertinggi membabitkan tuntutan gaji dan pampasan baki kontrak 20 pemain Hanelang FC yang 'menimbun' sebanyak RM1.1 juta, diikuti tunggakan gaji 21 pemain dan dua pegawai Marcerra United berjumlah RM886,400.










Juara Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) musim ini, Terengganu City FC (TCFC) turut terpalit masalah sama yang menyaksikan seramai 11 pemain menuntut hak mereka membabitkan tunggakan RM321,700.




Satu lagi pasukan kontroversi yang tidak pernah lekang dengan masalah sama iaitu Kuantan FA sekali lagi diheret Jawatankuasa Status FAM apabila 14 pemainnya mengemukakan tuntutan sebanyak RM311,000.



Selain empat pasukan terbabit, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pula berhutang selepas seorang pegawainya menuntut tunggakan gaji berjumlah RM32,000.



Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Joehari Ayub mengingatkan lima pasukan itu supaya menjelaskan tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.



"Jika pasukan gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada pengadu.



"Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi," kata Joehari menerusi satu kenyataan, hari ini.


Sumber: bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog