Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 15 November 2018

Zaquan mungkin ke Kedah?


ZAQUAN meraikan gol pertama pada aksi perlawanan Piala AFF menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin lalu. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Zaquan mungkin ke Kedah?



ALOR SETAR: Penyerang sensasi skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak kini kembali dikaitkan dengan perancangan skuad Lang Merah bagi persiapan Liga Malaysia musim 2019.

Zaquan yang kini beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala AFF 2018 terus menjadi perhatian penyokong selepas tersebar gambar dirinya di laman sosial yang kelihatan sedang berunding dalam pejabat mengenai kemasukan ke Kedah.

Difahamkan Zaquan yang beraksi bersama Kuala Lumpur FA musim ini kini menjadi sasaran Kedah yang mahukan seorang penyerang tempatan yang mempunyai ketajaman serta ketangkasan menyerang.


Menurut sumber terdekat, proses rundingan di antara pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan pemain ini masih di peringkat awal dan setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan.

"Memang pemain ini (Zaquan) berada dalam radar Kedah namun sejauh mana perancangan dan perjalanan rundingan dilalui tidak dapat dipastikan.

"Berkaitan gambar Zaquan yang tular di laman sosial berkaitan 'rundingan' itu terus menjadi tanda tanya dan kesahihan gambar yang boleh dikaitkan dengan Kedah berserta lokasi itu belum dapat disahkan mana-mana pihak setakat ini."

"Ada kemungkinan itu gambar lama yang dikeluarkan semula pihak tertentu bagi menguatkan alasan Zaquan sudah berunding dengan pasukan baharu.

"Turut dimaklumkan Zaquan yang kini bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe mahu memberi tumpuan 100 peratus Piala AFF 2018 yang sedang berlangsung. Kita tunggu sahaja berita sahih pasukan menjadi pilihan Zaquan musim depan.”
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog