Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 14 November 2018

FELCRA FC kekal dalam Liga Super?


TIMBALAN Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad. - Foto Khairull Azry Bidin

FELCRA FC kekal dalam Liga Super?



KUALA LUMPUR: Pendatang baharu Liga Super, FELCRA FC dijangka terus beraksi musim depan meskipun dikejutkan dengan berita pembubaran pasukan sebelum ini.



Situasi itu sekali gus memberikan kelegaan khususnya kepada pemain dan pegawai yang bimbang dengan masa depan masing-masing selepas mendapat tiket beraksi di liga elit bola sepak tempatan.



Sumber berkata, pembubaran yang diumumkan sebelum ini berpunca daripada salah faham antara pengurusan tertinggi dan pengurusan pasukan membabitkan sumber kewangan bagi memastikan operasi pasukan itu berjalan lancar.




“Pengurusan tertinggi tidak mendapat gambaran jelas mengenai sumber kewangan untuk operasi pasukan namun selepas pertemuan, penjelasan sudah dibuat dan mereka nampak bersetuju untuk memberi restu.



“Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, ada petanda positif pasukan ini terus beraksi dalam Liga Super musim depan,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad mengesahkan mereka akan mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan perkembangan pasukan itu dalam masa terdekat.



“Mengenai persoalan yang diberikan, saya akan maklum apabila saya membuat sidang media dalam sehari dua lagi. Terima kasih.

“Nanti saya akan berikan tarikh sidang media kepada wartawan,” katanya ringkas ketika dihubungi.



Terdahulu, aksi cemerlang skuad The Rivals hingga melayakkan diri ke Liga Super 2019 tidak cukup meyakinkan pengurusan tertinggi syarikat yang mengumumkan pembubaran pasukan, bulan lalu.



“FELCRA FC akan dibubarkan kerana memerlukan kos sebanyak RM8 juta semusim dan tidak memberi keuntungan,” kata Pengerusi FELCRA, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab pada sidang media pertama beliau selepas dilantik memegang jawatan itu di Wisma FELCRA.



Sebagai rekod, pasukan itu berjaya menempatkan diri dalam kalangan dua pasukan terbaik Liga Perdana 2018 sekali gus layak beraksi dalam Liga Super musim depan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog