Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 15 November 2018

Vietnam miliki kelebihan berganda – Cheng Hoe


JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi, hari ini. - Foto Azhar Ramli

Vietnam miliki kelebihan berganda – Cheng Hoe



SEPANG: Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe mengakui Vietnam mendapat kelebihan berganda kerana bukan hanya beraksi di gelanggang sendiri malah mendapat rehat yang cukup menjelang perlawanan Kumpulan A Piala AFF di Hanoi, Jumaat ini.



Malaysia sudah beraksi dalam dua perlawanan dengan mengatasi Kemboja 1-0 dan Laos 3-1 manakala Vietnam, juara 2008 hanya beraksi satu perlawanan dengan mengalahkan Laos 3-0, Khamis lalu.



Skuad negara yang hanya sempat berehat sehari selepas aksi dengan Laos, Isnin lalu terbang ke Hanoi hari ini dengan membawa misi penting memburu kemenangan bagi mengukuhkan laluan ke separuh akhir.




“Sebagai jurulatih saya tak boleh risau jika Vietnam membuat analisa mengenai dua perlawanan kita tapi apa yang pasti mereka ada kelebihan rehat satu perlawanan dan mungkin dari segi tahap kecergasan lawan lebih baik, namun saya harap pemain boleh teruskan momentum itu.



“Apapun, kita perlu bermain lebih fokus dan taktikal kerana semua orang tahu Vietnam pasukan pilihan untuk layak ke peringkat seterusnya.



“Saya rasa pemain sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan dengan Vietnam,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi, hari ini.



Selain faktor kecergasan pemain, Cheng Hoe juga perlu menilai tahap kecederaan yang dialami pemain sayap naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas tidak diturunkan ketika menentang Laos.



“Kita terima nasihat doktor mengenai tahap kecederaan hamstring (Sumareh), harap dua hari lagi dapat putuskan perkembangan kecederaan dia,” katanya.



Malaysia, juara 2010 kini mengungguli Kumpulan A dengan enam mata dan bakal berdepan Myanmar dalam aksi terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November selepas pulang dari Hanoi.


1081
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog