Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 15 November 2018

PBSNT nafi dakwaan 'bunuh' TCFC


SETIAUSAHA Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain. - Foto MALIK MUHAMAD

PBSNT nafi dakwaan 'bunuh' TCFC


KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kesal dan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan persatuan itu mahu ‘membunuh’ Terengganu City FC (TCFC) daripada beraksi dalam Liga Perdana musim depan.



Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain menyangkal dakwaan itu sambil berkata, pihaknya tidak berniat untuk menghalang skuad The Sharks beraksi dalam saingan divisyen dua musim depan kerana ia bukan bidang kuasa PBSNT.




Sebaliknya beliau berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan.




“Setakat hari ini (semalam), PBSNT belum menerima sebarang surat berhubung pasukan Terengganu FC II (TFC II) dikekal atau ditawarkan untuk bermain dalam Liga Perdana 2019, begitu juga dakwaan halangan kepada TCFC beraksi seperti yang digembar-gemburkan.



“Selain itu PBSNT tidak pernah menghantar sebarang surat rayuan atau surat untuk tidak membenarkan TCFC beraksi dalam Liga Perdana musim depan.



“Malah PBSNT juga tidak pernah membuat sebarang pertuduhan atau sebarang tuntutan berkaitan kelewatan dan kegagalan pembayaran gaji kepada pemain dan jurulatih skuad itu atau perkara berkaitan urusan perbelanjaan TCFC kepada FAM.



“Namun begitu PBSNT ada beberapa kali menghubungi TCFC melalui setiausahanya untuk memaklumkan supaya kelab itu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani masalah dalaman skuad itu,” katanya kesal dengan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang seolah-olah mahu mengheret PBSNT dalam kemelut itu.



Syahrizan berkata, berdasarkan rekod sebanyak RM868,736 tunggakan gaji pegawai dan pemain TCFC tidak dibayar, malah jumlah itu dijangka meningkat kerana masih ada jurulatih dan pemain yang menjuarai Piala FAM musim ini belum membuat tuntutan rasmi.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog