Bekas kapten kebangsaan Mohd Shukor Adan. - Foto alchetron.com
Pengalaman luas Shukor mampu perkasa MU
MELAKA: Peminat bola sepak Melaka United (MU) mahu pengurusan skuad terbabit menyenaraikan bekas kapten kebangsaan Mohd Shukor Adan bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.
Ia berikutan pemain veteran berusia 39 tahun terbabit diyakini masih mampu menyumbang kudrat bersama skuad itu berdasarkan pengalaman luasnya dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.
Kelab Persibu FC yang juga bekas skuad yang diwakili Shukor pada awal pembabitannya di Liga Melaka antara pendesak utama membolehkan anak jati Hang Tuah itu kembali mewarnai pasukan Hijau Putih.
Pengurus Persibu FC, Sharif Yaamat, 63, berkata, sejak meninggalkan Melaka hampir 18 tahun lalu pelbagai spekulasi menyatakan Shukor akan kembali namun semuanya tidak menjadi kenyataan.
"Namun, dengan hasrat Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari yang mahu lebih ramai anak jati itu mewakli skuad kali ini sudah pasti ianya kesempatan terbaik untuk menyenaraikan Shukor.
"Secara peribadi saya pernah bertemu dan meminta Shukor menyarung jersi MU dan dia menyatakan minat berkenaan baru- baru ini, namun perkembangan terbaharu sama ada dia meneruskan bakti bersama FELDA United tidak dapat dipastikan," katanya.
Shukor yang meraih pelbagai kejayaan bersama Negeri Sembilan, Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan FELDA itu bagaimanapun belum menikmati kejayaan membanggakan bersama skuad kelahirannya.
Dia hanya sempat mewakili skuad belia dan presiden Melaka sebelum berkelana ke pasukan lain dalam Liga Malaysia.
- bharian.com.my
0 comments:
Catat Ulasan