CHANATHIP Songkrasin selepas menjaringkan gol ketika menewaskan Bahrain pada Piala Asia. - AFP
Jaringan 'Messi Jay' Thailand tewaskan Bahrain
Baca juga:
Badak teruskan misi mencari pemain import
Saksikan perlawanan amal 3 penjuru
Draw dalam kumpulan Liga KDM
Rainol dari Sabah wakili PDRM
ARIUSDIUS JAIS, EVAN WENSLEY WENCESLAUS DAN JORDON OLLERENSHAW DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020
Kelab Penyokong Lancar KutipanDUBAI: Chanathip ‘Messi Jay’ Songkrasin meledak jaringan bagi memastikan Thailand kemenangan kedua pada Piala Asia sepanjang sejarah mereka hari ini ketika pasukan itu menewaskan Bahrain 1-0 bagi menghidupkan peluang dalam kempen berkenaan.
Jaringan pemain tengah Consadole Sapporo pada babak kedua sudah cukup buat Thailand yang tampak sukar selepas memecat jurulatih Milovan Rajevac berikutan kalah 4-1 kepada India pada saingan pembukaan.
Ia memperbaiki rekod pasukan Gajah Perang itu kepada dua kemenangan daripada 22 perlawanan Piala Asia dan mereka kini kedua dalam Kumpulan A di belakang India, yang akan menantang Emiriah Arab Bersatu sebentar lagi.
Thailand langsung tidak mendapat cubaan ke arah gol ketika Bahrain mengawal babak pertama dengan Mohamed Jasim Marhoon dan Sayed Dhiya Saeed hampir menjaringkan gol namun penjaga gol Chatchai Bootprom melakukan aksi menyelamat terbaik.
Namun Chanathip, dengan peminat menyamakannya dengan Lionel Messi, meletakkan Thailand di depan selepas hampir sejam perlawanan dengan sepakan mengatasi Sayed Shubbar Alawi di gawang Bahrain. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan