Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 8 Januari 2019

MU, Warriors FC berentap malam esok


JURULATIH Melaka United, Zainal Abidin Hassan - Foto Danial Saad

MU, Warriors FC berentap malam esok



MELAKA: Selepas dua kemenangan dalam aksi persahabatan, Melaka United (MU) terus menguji kemampuan pada perlawanan ketiga berdepan kelab dari Singapura, Warriors FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam esok.



Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan berkata, aksi pramusim itu penting dalam misi membentuk pasukan mantap selain menguji semua pemain yang disenaraikan bersama skuad kali ini.



Baginya, walaupun menang ke atas Selangor United dan Negeri Sembilan sebelum ini, masih banyak perlu diperhalusi untuk kemajuan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.




"Beberapa kelemahan ketara masih dikesan pada perlawanan terdahulu, termasuk ketika menutup ruang bagi mengelak kubu dibocori dan melakukan gerakan efektif ke kawasan lawan.



"Lebih ketara, banyak peluang dicipta gagal menghasilkan jaringan. Justeru, ia perlu diperbaiki dalam perlawanan berdepan Warriors FC.

"Walaupun hanya aksi persahabatan, namun pemain perlu menampilkan sentuhan agresif berikutan ia mampu memberi gambaran sebenar keupayaan mereka apabila diberi tugasan sebenar dalam liga kelak," katanya.



Pada perlawanan malam esok, Zainal dijangka menurunkan penyerang import baharu dari Brazil untuk bergandingan dengan Luka Milunovic dari Serbia.



Enggan menamakan penggempur dari Amerika Selatan yang hadir minggu lalu, Zainal berharap penyerang itu menepati kehendak pasukan sebelum disenaraikan membarisi skuad bimbingannya.



Dalam pada itu, beliau bakal menurunkan dua import termasuk Jang Suk Won dari Korea Selatan dan Darko Markovic (Serbia) bagi mengisi posisi pertahanan dan tengah skuad Hang Tuah.

Sumber: bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog