Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 7 Januari 2019

Neymar pemain bola paling bernilai di dunia, Ronaldo terkeluar 10 carta teratas

Neymar pemain bola paling bernilai di dunia, Ronaldo terkeluar 10 carta teratas




Neymar. Foto AFP

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia, menurut KPMG.

Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu untuk menganggarkan nilai-nilai pemain bola sepak Eropah, dengan Neymar yang berusia 26 tahun menduduki tangga teratas sebanyak £206.5 juta (RM1.08 bilion).


Rakan sepasukan PSG Neymar, Kylian Mbappe, 20, menduduki tempat kedua dalam senarai dengan nilai anggaran £193.8 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, legenda Barcelona berusia 31 tahun, Lionel Messi berada di tempat ketiga dengan nilai £183.2 juta (RM959.47 juta).




Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang paling bernilai, dianggarkan £151.6 juta (RM794.03 juta), penyerang Tottenham, Harry Kane £136.1 juta (RM712.58 juta), pemain utama Chelsea, Eden Hazard £133.5 juta (699.66 juta) dan Manchester City, Kevin De Bruyne £116.6 juta (RM610.77 juta).

Pemain hadapan Atletico Madrid, Antoine Griezman dengan nilai £113.2 juta (RM592.96 juta), pemain tengah Manchester United, Paul Pogba £107.5 juta (RM563.05juta) dan pemain Barcelona, Philippe Coutinho £106.5 juta (RM557.61 juta) melengkapkan kedudukan 10 pemain teratas paling bernilai.

Bagaimanapun, pemain Juventus, Cristiano Ronaldo berada adalah di luar kedudukan 10 teratas dengan nilainya £96.5 juta (RM505.24 juta). - Mail Online
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog