Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 9 Januari 2019

Sepakan percuma hantui Vietnam


GOL sepakan percuma Ali Adnan (kanan) melepasi benteng pertahanan Vietnam bagi gol kemenangan Iraq di Abu Dhabi, awal pagi tadi. - Foto AFP

Sepakan percuma hantui Vietnam



ABU DHABI: Ali Adnan meledak gol kemenangan pada minit terakhir ketika bekas juara, Iraq bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum menang 3-2 ke atas Vietnam pada saingan Kumpulan D Piala Asia, awal pagi tadi.



Ia keputusan yang cukup mengecewakan buat Vietnam di Abu Dhabi tetapi Iraq berhak untuk memenangi perlawanan itu selepas Humam Tareq menyamakan kedudukan.



“Separuh masa pertama amat teruk. Kami gagal mempamer permainan sebenar berbanding ketika sesi latihan. Mungkin kerana ia perlawanan pertama dan pemain berasa sedikit tertekan.




“Saya sedar ia pasti perlawanan yang sukar. Tapi paling penting kami dapat meraih tiga mata penuh,” kata jurulatih Iraq, Srecko Katanec.



Vietnam mendahului pada minit ke-24 menerusi Nguyen Cong Phuong berpunca daripada kecuaian pertahanan Iraq, Ali Faez yang ingin menghantar bola kepada penjaga gol, Jalal Hassan Hachim.



Iraq yang mengharungi segala halangan sebelum memenangi Piala Asia 2007, menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi penyerang, Mohamad Ali.



Cong Phuong kembali meletakkan Vietnam di depan tiga minit selepas rehat namun Tareq menyamakan kedudukan 2-2 berpunca daripada kelemahan benteng pertahanan Vietnam.



Adnan muncul wira di hujung permainan selepas menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti sekali gus mengecewakan Vietnam. – AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog