Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 8 Januari 2019

Korea Selatan menang tipis atasi Filipina


Pemain Filipina, Stephan Palla (tengah) bersaing dengan pemain Korea Selatan, Hwang Ui-jo (kanan) pada perlawanan Piala Asia di Dubai. - Foto EPA

Korea Selatan menang tipis atasi Filipina



DUBAI: Penjaring prolifik, Hwang Ui-jo mencipta gol pada babak kedua ketika Korea Selatan menewaskan skuad kendalian Sven-Goran Eriksson, Filipina 1-0 pada saingan Piala Asia sebentar tadi.

Korea Selatan yang mahu menamatkan kemarau 59 tahun gagal meraih gelaran sejak 1960, memberikan tekanan dalam saingan pembukaan Kumpulan C itu sebelum Hwang memecah kebuntuan selepas 67 minit di Emiriah Arab Bersatu.

Penyerang yang bermain di Jepun itu meledak dari jarak dekat di Dubai untuk memberikan kemenangan selepas kebimbangan apabila pemain tengah Newcastle, Ki Sung-yueng dikeluarkan berkemungkinan mengalami kecederaan hamstring.


Korea Selatan yang akan diperkuatkan dengan kehadiran bintang Tottenham, Son Heung-min selepas dua perlawanan awal, menyertai China dengan tiga mata di persada kumpulan masing-masing selepas skuad kendalian Marcello Lippi mengatasi Kyrgyzstan 2-1 pada saingan awal di Al Ain.

Korea Selatan yang menjadi naib juara di belakang tuan rumah Australia empat tahun lalu, melalui perlawanan yang agak gementar sebelum menemui jaringan berdepan pasukan yang kali pertama beraksi dalam Piala Asia itu.

Mereka juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol Kim Seung-gyu, yang menyelamatkan cubaan Javier Patino pada minit ke-54. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog