Aksi Pra Musim Sarawak akan menguji tiga kelab dari Semenanjung
KUCHING: Skuad Sarawak memilih tiga kelab di Semenanjung Malaysia sebagai medan pemanas badan sebelum memulakan kempen Liga Premier pada 2 Februari depan.
Baca juga: Sarawak uji tiga pemain Indonesia
Penasihat Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed berkata pasukan dijadual berlepas pada 16 Jan untuk mengadakan perlawanan di sana.
Menurutnya, setakat ini hanya Selangor United telah sah akan menjadi ‘sparring’ Sarawak pada 17 Jan nanti.
“Dua lagi pasukan iaitu Melaka United dan Negeri Sembilan masih belum diputuskan kerana kita masih menunggu kelulusan dari pihak lawan,” katanya.
Menurut Awang Mahyan, tiga perlawanan pemanas badan itu sangat penting untuk menguji kemampuan pemain pasukan itu lebih-lebih lagi pemain import.
Pada masa sama, ia akan menjadi medan untuk mencari keserasian sesama pemain selain memperbaiki setiap kelemahan yang masih ada.
Ketika ini, Sarawak sedang menguji empat pemain import dari Indonesia iaitu Hezron Benyamin Hamokwarong, 21, Muhammad Hanafi, 21, Felix Fortunata, 19, dan Rian Nugraha Yukandi, 20.
Sumber: Utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan