Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 11 Januari 2019

Justin pengendali skuad muda Sang Badak

Justin pengendali skuad muda Sang Badak



Jurulatih berpengalaman, Justin Ganai, kembali mencurah bakti bersama Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) apabila dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden untuk musim 2019.

Baca juga:
Jadual Liga Perdana 2019 
Gabriel orang Borneo bakal wakili JDT 4 
"Messi" Thailand jadi hero 
Badak teruskan misi mencari pemain import 
 Saksikan perlawanan amal 3 penjuru
Draw dalam kumpulan Liga KDM

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung SAFA, Andrew Majanggim, dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Justin sebelum ini menjadi ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita kebangsaan B-16 (B-16) dan B-19.

Difahamkan khidmat beliau masih diperlukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun beliau membuat keputusan untuk kembali membantu bola sepak Sabah.

"Saya sebenarnya tidak menjangkakan ini (ditawarkan sebagai ketua jurulatih Piala Presiden Sabah), tetapi oleh kerana wakil SAFA menemui saya dan menyatakan hasrat mereka, saya sangat berbesar hati untuk menerimanya.

"Terima kasih juga kepada Presiden Kehormat SAFA, Datuk Peter Anthony, kerana memberi kepercayaan ini.

"Saya akan membuat yang terbaik dalam membimbing pemain-pemain muda Sabah ini dalam saingan Piala Presiden," katanya ketika dihubungi.

Justin akan dibantu dibantu Johnny Dominicus selaku penolong jurulatih dan Dante S Tipay sebagai jurulatih penjaga gol dengan sesi latihan akan bermula Ahad ini.

Seramai 36 pemain juga akan menyertai sesi latihan pertama itu dan hanya 30 pemain yang akan dimasukkan dalam senarai akhir.

Dalam ada itu, Andrew turut mengumumkan Billyton Vun Ket Ming sebagai ketua jurulatih skuad Piala Belia (B-19).

Bekas pemain itu akan dibantu Faizal Ahmad sebagai penolong jurulatih manakala Jasrih Jabidin selaku jurulatih penjaga gol.

Sesi latihan pertama pasukan itu juga akan bermula pada Ahad dengan 35 pemain dipanggil, namun hanya 30 yang akan berada dalam senarai akhir nanti.

"Pemain-pemain yang tersenarai awal itu dipilih semasa Kejohanan Antara Zon dan pemilihan akhir pada bulan lalu," kata Andrew.


Sumber: stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog