Syazwan Andik bernilai RM1.6 juta
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menetapkan nilai pampasan sebanyak RM1.6 juta buat mana-mana pasukan yang mahukan khidmat bek kiri kebangsaan, Syazwan Andik Ishak, yang sudah membuat permohonan rasmi meninggalkan skuad Warga Kota musim ini.
Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menghantar surat kepada persatuan itu semalam menyatakan hasratnya untuk mencari haluan baru musim ini.
Tanpa menyebut mana-mana pasukan atau kelab yang ingin disertai pemain tersebut, Nokman berharap isu perpindahan Syazwan dapat diselesaikan secepat mungkin dan menganggap nilai kontrak yang perlu ditebus adalah wajar.
Malah, KLFA tiada masalah untuk melepaskan tonggak utama Harimau Malaya itu memandangkan dia sendiri sudah tiada hati untuk menabur bakti bersama Kuala Lumpur.
"Kami dengar daripada rakan-rakan, dia sudah berada di Johor, jadi kami terima. Kalau dia mahu mewakili Johor, kami serahkan kepada mereka dengan cara baik. Mengenai pampasan, biar kami bincang dengan Johor kerana perbincangan itu sudah dibuat lebih awal," kata Nokman.
"Masih ada baki dua tahun tetapi ia sudah dibincang lebih awal dengan Selangor dan Johor sebelum surat dihantar. Kami agak terkejut. Cuma, kami masih yakin dia akan beraksi bersama Kuala Lumpur."
Sementara itu, Nokman berasa skuad kendalian Yusri Che Lah itu tidak berdepan masalah untuk mengisi ketiadaan Syazwan memandangkan mereka sudah mendapatkan khidmat bekas bek kiri Terengganu FC, Fitri Omar.
"Pertama sekali, kami ada Fitri di situ. Kemudian, kami memiliki Khair Jones. Cuma, jika dia ada, Kuala Lumpur akan lebih baik tetapi jika tidak, kami terpaksa menggunakan siapa yang ada dalam skuad."

Sumber: stadiumastro
0 comments:
Catat Ulasan