Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 8 Januari 2019

Sepanggar FC pasang impian ke Liga FAM

Sepanggar FC pasang impian ke Liga FAM




Kelab Bola Sepak Sepanggar atau Sepanggar FC dari Kota Kinabalu mahu menjadi antara kelab bola sepak terbaik di Sabah, seterusnya memasang impian untuk beraksi dalam Liga FAM.

Penaung kelab itu, Datuk Aziz Jamman, berkata Sepanggar FC akan memulakan perjalanan impian itu dalam kejohanan Liga KDM Malaysia yang bakal membuka tirai 26 Januari ini dan selepas itu akan terus membentuk pasukan berkenaan untuk menjadi lebih mantap.

"Kami telah mengadakan sesi latihan dan pemilihan bagi membentuk sebuah pasukan bagi menyertai Liga KDM Malaysia dan saya lihat persiapan kami berjalan dengan baik. Saya yakin, dengan pemain-pemain yang kami ada, kami mampu bersaing malah mampu menjuarai kejohanan itu.

"Saya juga tidak mahu Sepanggar FC hanya beraksi dalam Liga KDM Malaysia. Kenapa tidak kami cuba untuk menyertai kejohanan yang lebih besar.

"Sebab itu saya memberi nasihat kepada pemain, jika mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan itu, tidak mustahil kami akan beraksi dalam Liga FAM pada tahun akan datang, inilah sebenarnya sasaran kami," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi suai kenal dengan barisan pemain Sepanggar FC di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), malam tadi.

Sepanggar FC yang dibarisi beberapa bekas pemain Sang Badak dikendalikan bekas pengendali skuad bola sepak wanita Malaysia yang turut pernah menjadi ketua jurulatih Sabah, Mohd Asyraaf Fong Abdullah.

Dalam kejohanan Liga KDM Malaysia, Sepanggar FC diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan Bandaraya KK, Sipitang dan Kiulu dengan aksi pertama mereka ialah bertemu Sipitang pada 27 Januari ini.

Sumber: stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog