Sabah teruskan pemburuan import sesuai
Baca juga:
Saksikan perlawanan amal 3 penjuru
Draw dalam kumpulan Liga KDM
Rainol dari Sabah wakili PDRM
ARIUSDIUS JAIS, EVAN WENSLEY WENCESLAUS DAN JORDON OLLERENSHAW DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020
Kelab Penyokong Lancar Kutipan
Walaupun sudah melebihi 10 pemain import yang datang mencuba nasib bersama Sabah, namun sehingga kini masih belum ada pemain yang benar-benar memikat pengendali pasukan, Jelius Ating.
Bagaimanapun, misi untuk mencari pemain import itu diteruskan dengan dua lagi calon pemain akan diuji, iaitu pertahanan berusia 31 tahun dari Serbia, Milan Nikolic, dan penyerang berusia 29 tahun dari England, Hakeem Araba.
Selain itu, turut dijadualkan ke Kota Kinabalu bagi mencuba nasib adalah pertahanan dari Croatia, Matej Bagaric.
Sabah masih mempunyai tiga kekosongan permain import, termasuk satu kuota pemain Asia.
Satu slot itu sudah diisi penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic, yang dikekalkan daripada skuad musim lalu dengan kontrak sehingga pertengahan musim ini.
Bekas pemain import dari Korea Selatan, Heo Jae-Nyeong, masih kelihatan dalam sesi latihan pasukan itu walaupun tidak disambung kontrak selepas mengalami kecederaan pada pertengahan musim lalu.
"Kami perlu berhati-hati dalam pemilihan pemain import.
"Ia bagi memastikan kami memperoleh yang terbaik untuk pasukan.
"Masih ada masa untuk mencari pemain import dan pemain tempatan pula sudah lengkap," kata Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan sesi latihan pasukan di Stadium Likas, kelmarin.
Sumber: stadiumastro
0 comments:
Catat Ulasan