Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 6 Januari 2019

Kelantan, TFC sama kuat


Pemain Kelantan Muhammad Danial Haqim (kiri) berjaya menjaringkan gol pertama menentang pasukan Terengganu pada perlawanan persahabatan bola sepak pra musim 2019 di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi. Keputusan perlawanan separuh masa pertama Kelantan 1-1 Terengganu. - Foto BERNAMA

Kelantan, TFC sama kuat




KOTA BHARU: Satu gol menerusi penyerang muda Kelantan, Mohd Danial Haqim membantu The Red Warriors (TRW) mengikat naib juara Piala Malaysia, Terengganu FC (TFC) 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.



Danial Haqim meledak gol penyamaan menerusi tandukan, hasil sepakan sudut pemain import Brazil, Flavio Beck pada minit ke-31, sekaligus memadam kelebihan jaringan Igor Zonjic pada minit ke-13.



Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Jorg Peter Steinebrunner, yang memangku tugas ketua jurulatih optimis keputusan seri itu mampu menyuntik motivasi dan meningkatkan tahap keserasian pemain baharu.




"Saya gembira dengan keputusan positif ini apabila semua pemain berjaya menampilkan semangat berpasukan dan mempamerkan kecergasan tinggi walaupun hanya menjalani latihan dalam tempoh yang agak singkat,” katanya.



Katanya, TRW yang turut dibarisi pemain muda berusia bawah 21 tahun dilihat semakin matang untuk bersaing dengan pemain TFC yang diperkuatkan dengan pemain import serta senior berpengalaman.



"Gandingan pemain muda terutama Nik Akif Syahiran, Danial Haqim dan Khairul Asraf Ramli memberi impak baik kepada pasukan.



“Yuta Suzuki, Flavio Beck dan Deago Silva juga beraksi baik di bahagian tengah dan serangan. Mereka semakin serasi dengan corak permainan pasukan ini," katanya.



Bagi pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim - perlawanan pra musim itu akan digunakan sepenuhnya untuk menilai tahap keserasian serta persefahaman pemain tempatan baharu dan import.



"Secara keseluruhannya, saya berjaya menilai kelemahan dan kekuatan pasukan.



“Kami mempunyai masa untuk memperbaikinya sebelum liga bermula, terutamanya selepas kehadiran semula tonggak import, Kipre Tchetche dan Lee Andrew Tuck yang baru sahaja menjalani latihan musim ini,” katanya.

Sumber: bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog