Penyerang India, Sunil Chhetri (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Thailand, Chalermpong Kerdkaew dalam perlawanan Piala Asia di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi. - Foto AFP
Penyerang Thailand, Teerasil Dangda (kanan) berebut bola dengan pemain pertahanan India, Anas Edathodika dalam aksi Piala Asia di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi. - Foto AFP
Piala Asia: India kejutkan Thailand
ABU DHABI: India yang lebih popular dengan sukan kriket, mengejutkan Thailand 4-1 dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A sebentar tadi.
Penyerang veteran Sunil Chhetri meledak dua gol ke atas skuad Gajah Perang yang turut mendapat sokongan daripada 12 kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua lebih dua minggu tahun lalu.
Chhetri membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti sebelum kapten Thailand Teerasil Dangda menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas menanduk sepakan percuma Theerathon Bunmathan.
Chhetri bagaimanapun kembali meletak skuad dengan jolokan Harimau Biru di depan di awal babak kedua hasil gerakan Udanta Singh di sebelah kanan.
Thailand semakin tertekan apabila Anirudh Thapa meledak gol ketiga India pada minit ke-68, disusuli dengan jaringan pemain gantian Lalpekhlua Jeje untuk pasukannya mendahului kumpulan.
Tuan rumah Emiriah Arab Bersatu diikat oleh Bahrain 1-1 dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu. – AFP
0 comments:
Catat Ulasan