Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 19 September 2018

Astro tiada hak siarkan perlawanan Uefa Champion League




Astro tiada hak siarkan perlawanan Uefa Champion League

Keputusan Penuh Perlawanan Uefa Champions League- Perlawanan 1

 Kejohanan berprestij Liga Juara-Juara musim ini akan membuka tirainya kurang beberapa jam dari sekarang dan peminat bola sepak tempatan berang apabila sumber tontonan utama, Astro mengesahkan tidak akan menyiarkan perlawanan berkenaan.



Stesen televisyen berbayar negara itu berkata mereka tidak dapat menyiarkan perlawanan berkenaan berikutan hak penyiaran.


Perkembangan tidak meyakinkan daripada Astro itu mendorong pelanggan mereka menghantar mesej di laman Facebook di mana wakil perkhidmatan pelanggan syarikat itu menjelaskan mereka berada ‘dalam situasi amat sukar.’



Astro kemudian membuat permohonan maaf dan berkata mereka akan mendedahkan maklumat perjanjian berkenaan sebelum sepak mula perlawanan.



Begitupun, situasi itu jelas sukar diterima oleh pelanggan mereka di seluruh negara yang mempersoalkan bayaran tinggi dikenakan syarikat penyiaran swasta itu dengan mereka kini terpaksa berkorban tidak dapat menonton aksi pasukan kegemaran di televisyen.



Sambil menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan, kebanyakan mereka berkata alasan utama mereka terus melanggan Astro adalah disebabkan bola sepak sekalipun dikenakan bayaran tinggi untuk pakej sukan.



Seorang pengguna Twitter, Shahredzuan Shariff @shahredzuan menulis: “Hi bila kami boleh mengetahui dengan tepat sama ada UCL (Liga Juara-Juara) akan disiarkan di Astro? Sila sahkan supaya kami boleh membuat keputusan alternatif (contohnya tamatkan langganan Astro). Terima kasih.”



Pravindran@castenar pula membalas: “Saya masih bersama Astro kerana BPL (Liga Perdana Inggeris) dan UCL. Tanpanya, tiada sebarang sebab untuk melanggan Astro.”



‏Seorang lagi pengguna, Fella@syaheeds berkata: Senang ja sekarang! Kalau Astro tk bawa masuk UCL ramai ramai boikot dan batal astro! Baru depa tau!



Cadangan daripada Captain Obvious@armanothman pula lebih drastik sambil memetik stesen televisyen kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melakukan sesuatu.



“@RTM_Malaysia langkah kamu.”



Begitupun, Astro bukan satu-satunya syarikat mengalami masalah itu dengan laman sembang sesawang lowyat.net melaporkan dua stesen televisyen Singapura, Singtel dan StarHub turut tidak mempunyai hak penyiaran sebarang perlawanan Liga Juara-Juara pada musim ini.



Hak penyiaran Liga Juara-Juara diperoleh melalui jemputan untuk Serahan Tawaran (ISO) di mana semua penyiar kandungan media yang layak dijemput untuk menyerahkan tawaran mereka untuk pelbagai pakej hak siaran.



Hak penyiaran Liga Juara-Juara di Malaysia, Singapura dan Brunei diperoleh menerusi perkhidmatan aliran streaming berasaskan langganan DAZN, yang memenangi hak untuk menyiarkan Liga Juara-juara serta Liga Europa selama tiga musim bermula tahun ini di tujuh negara Asia Tenggara.



DAZN adalah servis streaming video yang dimiliki oleh syarikat berasaskan sukan United Kingdom, Perform Group yang turut memiliki Goal.com.



Perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan bermula jam 12.55 tengah malam ini yang menemukan gergasi Sepanyol, Barcelona dan PSV Eindhoven di Nou Camp manakala wakil Inggeris, Tottenham Hotspur membuat kunjungan ke Giuseppe Meazza bertemu Inter Milan.



Perlawanan berikutnya pada jam 3 pagi di antara Club Brugge melawan Borrusia Dortmund, Schalke 04 bertemu Porto, Monaco menentang Atletico Madrid, Liverpool membuat perhitungan dengan Paris Saint Germain, Red Star Belgrade melawan Napoli dan Galatasaray menentang Lokomotiv Moscow.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog