Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 17 September 2018

Kelantan dan Sabah bertemu di suku akhir



Kelantan dan Sabah bertemu di suku akhir

Baca juga:

JDT dan Pahang bertemu di suku akhir

Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokong

Peningkatan pasukan adalah keutamaan Sang Badak

Peminat Sabah FA kecewa tiada siaran langsung di TV tempatan

Siaran langsung perlawanan Sabah FA vs Pahang FA

Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat


Kelantan layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas Kedah dalam aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, sebentar tadi. Kelantan akan bertemu juara Kumpulan D, Sabah di suku akhir Piala Malaysia 2018.

Kelantan memperoleh peluang terbaik untuk berada di depan menerusi tandukan Shafiq Shaharudin seawal minit ke-10 namun percubaannya sedikit tersasar walaupun penjaga gol, Abdul Hadi Abdul Hamid sudah tertewas.

Selang seminit, Kedah yang turun tanpa tonggak import dari Brazil, Paulo Rangel hampir mendahului menerusi rembatan deras Abdul Halim Saari namun ditepis keluar, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.

Selepas itu, penyerang import Kedah, Sandro Da Silva dan penyerang tuan rumah, Shafiq terus buntu mencari gol pendahuluan walaupun saling berbalas serangan.

Pada minit ke- 45,The Red Warriors (TRW) mendapat peluang terbaik untuk mencetak gol pendahuluan, namun rembatan Shafiq diselamatkan Abdul Hadi.

Bersambung babak kedua, Kelantan semakin rancak melancarkan serangan bagi mencari gol menerusi gandingan Danial Ashraf Abdullah dan Shafiq.


PEMAIN Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid diasak pertahanan Kelantan, Ahmad Haziq Ahmad Puad pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke IV, Kota Bharu. - NSTP/Fathil Asri



Gol pertama dicari Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke- 51 menerusi Danial Ashraf yang merembat kencang dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Nik Akif Syahiran.

Kedah juga berpeluang mencetak gol penyamaan pada minit ke-59 dan minit ke-74 menerusi Akhyar Rashid dan tandukan susulan Liridon Krasniqi namun Faridzuean berjaya menepis keluar.

Pada minit ke-91 Nik Akif melebarkan jaringan buat TRW hasil sepakan leret menewaskan Abdul Hadi dan kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog