Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 20 September 2018

Kelantan hilang 'The Tanker'



Kelantan hilang 'The Tanker'


Kelantan perlu membayar harga mahal selepas mengalahkan Kedah 2-0, Ahad lalu apabila bakal kehilangan khidmat Haziq Puad dalam perhitungan dengan Sabah pada suku akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu ini.



Bek kental itu terpaksa menjadi penonton dalam pertembungan pertama di Stadium Sultan Muhammad ke-IV nanti akibat penggantungan automatik satu perlawanan gara-gara mengutip kad kuning ketiga.



Dia dilayangkan kad kuning selepas mengasari pemain Kedah, Akhyar Rashid pada perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia itu.




Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui ketiadaan Haziq itu sedikit merencatkan sedikit perancangannya untuk menurunkan benteng paling ampuh bagi mengekang Sabah.



“Sejak diberi kepercayaan mengemudi benteng bersama Farisham (Ismail), Haziq bermain dengan cemerlang dalam semua perlawanan dan antara faktor gawang kami sukar dibolosi.



“Ketiadaannya sudah pasti sedikit sebanyak akan membuat benteng pertahanan kami goyah. Cuma, saya berharap pemain yang bakal diturunkan dapat menampung kekosongan ditinggalkan Haziq,” katanya.



Menurut Yusri, kekuatan benteng sangat penting kerana beliau tidak mahu lawan membolosi gawang mereka di Kota Bharu, sebagai bekalan ke perlawanan kedua di Kota Kinabalu, kelak.



Apatah lagi rekod Sabah membuktikan mereka mempunyai rangkaian penyerang yang berbisa apabila menjaringkan lapan gol sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini.



Pengendali The Red Warriors itu berkata, walaupun lawannya bermain dalam Liga Perdana musim ini, namun mereka menunjukkan peningkatan ketara dengan menjuarai Kumpulan D yang turut disertai Pahang, Selangor dan PKNP FC.



Kecuali ketiadaan Haziq, Yusri membayangkan akan menurunkan barisan sama ketika mengalahkan Kedah dengan keampuhan bertahan serta kepantasan menyerang menjadi senjata utama.



“Misi kami adalah mahu menang walaupun hanya dengan satu gol. Tapi, amat penting tidak dibolosi kerana jaringan di tempat lawan boleh menjadi penentu,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog