Jelius Ating mahu bawa 'sesuatu' dari Kota Bharu
Baca juga:Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia
Walaupun mengakui berdepan laluan sukar menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu malam esok, Sabah tetap yakin mampu ‘membawa pulang sesuatu’ untuk bekalan aksi kedua di Stadium Likas.
Jurulatih Sabah, Jelius Ating berkata, pasukannya yang layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan D, tidak mahu mengharungi laluan sukar dengan tekanan beraksi di hadapan penyokong sendiri di Kota Kinabalu pada 29 September.
“Kami menganalisis video semalam dan saya lihat Kelantan pasukan yang seimbang disemua posisi den semnagat mereka yang cukup padu. Pasukan Kelantan tidak hanya bergantung kepada pemain tertentu, tapi memiliki pasukan yang boleh mencetus masalah kepada kami. Kami berhati-hati... pemain Kelantan kuat berlari tanpa henti dengan stamina yang sangat baik,” katanya.
Bekas pemain Sabah berusia 47 tahun yang membawa Sang Badak ke suku akhir Piala Malaysia kali pertama sejak 2011 berkata, persiapan pasukannya berjalan lancar walaupun masa agak suntuk untuk menjalani latihan penuh.
“Kami hanya menjalani latihan penuh semalam dan hari sebelumnya kerana perlawanan kami sebelum ini ditangguh ke Isnin lalu. Bagaimanapun, kami menggunakan masa dua hari latihan itu sebaik-baiknya dan saya gembira dengan prestasi semasa pemain,” katanya.
Beliau berkata, semua pemain khususnya tonggak utama bebas daripada kecederaan dan sedia diturunkan malam esok.
“Pito (Hector Ramos) kembali selepas bersama pasukan negaranya pada aksi persahabatan baru-baru ini, begitu juga Hamran Peter yang kembali daripada membantu skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah di Perak,” katanya.
Jelius dijangka menurunkan semula kesebelasan utamanya selepas merehatkan tujuh tonggak ketika tewas 0-4 pada aksi terakhir peringkat kumpulan di tangan Pahang di Stadium Likas, Isnin lalu.
Kali terakhir Sabah menentang Kelantan mereka tewas 1-2 pada pusingan kedua Piala FA di Kota Bharu pada 4 Februari 2014.
0 comments:
Catat Ulasan