Pahang calar rekod bersih Sang Badak
Baca juga:
Keisuke Ogawa kini kembali?
Jadual rasmi perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2018
JDT dan Pahang bertemu di suku akhir
Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokongPeningkatan pasukan adalah keutamaan Sang Badak
Peminat Sabah FA kecewa tiada siaran langsung di TV tempatan
Siaran langsung perlawanan Sabah FA vs Pahang FA
Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat
Rekod bersih Sabah dalam saingan Piala Malaysia tercalar apabila tumbang 0-4 kepada Pahang dalam aksi terakhir kumpulan D di Stadium Likas, di sini, malam ini.
Beraksi tanpa tujuh tonggak utama, Sabah lebih dulu memiliki peluang baik hasil sepakan sudut pada minit ketiga bagaimanapun tandukan Ummareng Bacok selepas itu sekadar menggegarkan palang gol Pahang.
Pahang kemudian memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-10 menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dikawal.
Tersentak dengan jaringan itu, Sabah berusaha untuk menyamakan kedudukan dan memiliki beberapa peluang termasuk pada minit ke-27 menerusi tandukan Rodoljub Paunovic, bagaimanapun tandukannya itu tidak menepati sasaran.
Dua minit kemudian, Pahang pula mencemaskan pintu gol tuan rumah menerusi Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri, namun cubaannya dari dalam kotak penalti sedikit tersasar.
Pada minit ke-37, Pahang menambah jaringan dan kali ini Zuhair tidak melepaskan peluang apabila melakukan penyudah baik selepas menerima hantaran Patrick Cruz bagi menjadikan kedudukan 2-0 dan ia kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, skuad kendalian Jelius Ating terus cuba mencari gol pertama namun beberapa serangan bahaya mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.
Sebaliknya skuad Tok Gajah yang sekali sekala melancarkan serangan hampir menambah jaringan menerusi Norshahrul pada minit ke-62 tetapi cubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining dalam keadaan satu lawan satu.
Pada minit ke-78, Cruz menghukum kelalaian pertahanan Sabah apabila meledak gol ketiga buat pasukannya menerusi tandukan selepas satu sepakan percuma bagi menjadikan kedudukan 3-0.
Pemain gantian, Issey Nakajima kemudian menambah derita Sabah apabila menanduk masuk gol keempat buat Pahang pada masa kecederaan dan kedudukan 4-0 itu kekal sehingga tamat permainan.
Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sabah di tangga teratas kumpulan D manakala Pahang juga kekal di tempat kedua dengan dua pasukan itu sebelum ini sudah mengesahkan tiket ke suku akhir.

0 comments:
Catat Ulasan