Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 19 September 2018

Bertemu Sabah, Kelantan perlu kerja keras untuk menang suku akhir


Bertemu Sabah, Kelantan perlu kerja keras untuk menang suku akhir


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menjangkakan laluan peringkat suku akhir perlawanan Piala Malaysia amat sukar dan memaksa Kelantan bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan.

Baca juga: Gajah dedah kelemahan Badak

Beliau berkata Kelantan akan bertemu Sabah pada Sabtu ini di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dengan penampilan pasukan pelawat itu dijangka berbeza berbanding ketika beraksi pada saingan Liga Premier musim ini.

"Jika kita lihat aksi dalam Liga Malaysia, mereka (Sabah) mencatatkan kemenangan empat perlawanan sebelum layak ke suku akhir dan ia satu keputusan yang memaksa kami (Kelantan) berkerja keras untuk menewaskan pasukan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada saingan peringkat kumpulan C, Kelantan berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan itu di Stadium Sultan Muhammad IV Ahad lepas.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani menyifatkan pada pertemuan peringkat kumpulan D pasukan Sabah menentang Pahang, perlawanan itu bukan aksi sebenar berikutan kedua-kedua pasukan sudah layak ke saingan suku akhir.- Bernama
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog