Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 20 September 2018

Debut yang sangat mengecewakan Keisuke Ogawa


Debut yang sangat mengecewakan Keisuke Ogawa 


Pemain import Sabah yang berasal dari Jepun ini mempamerkan persembahan yang amat mengecewakan dalam debut pertamanya dalam saingan Piala Malaysia. Kecederaan yang menimpanya menyebabkan pemain ini berehat panjang. Seseorang yang telah mengelami kecederaan panjang, memerlukan masa yang lama untuk kembali kepada form sebenar.

Ramai peminat bola sepak Sabah melahirkan kekecewaan terhadap aksi pemain import ini. Skill dan gaya permainannya setaraf pemain lokal, jika dibandingkan gaji bulanannya yang mencecag ribuaan ringgit.

Menyentuh tentang aksinya ketika bertemu Pahang di stadium Likas, pada awalnya pemain ini bermain di bahagian tengah. Tetapi sangat jelas pemain ini gagal menutup ruang dan kekurangan pace dan kretiviti untuk merencana serangan pasukan Sabah. Ogawa dilihat bukanlag seorang pemain defensif dan lebih kepada playmaker yang perlu ruang dan waktu memegang bola.

Pada masa kedua Ogawa telah beralih ke posisi LM, dan permainanya tidak berubah. banyak serangan Pahang diarah ke sebelah kiri kubu Sabah. Ruang yang besar yang ditinggalkan oleh Ogawa menyebabkan pemain pertahanan kiri, Alto Linus diasak sepanjang perlawanan.

Di suku akhir Sabah akan berhadapan dengan pasukan Kelantan. Diharapkan Jelius Ating merencanakan plan permainan yang tepat untuk berhadapan dengan pasukan berpengalaman ini.












Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog