Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 18 Februari 2019

KAMI BOIKOT KEPIMPINAN SAFA BUKAN PEMAIN RHINOS



KAMI BOIKOT KEPIMPINAN SAFA BUKAN PEMAIN RHINOS


Ramai penyokong Tambadau tidak faham siapa dan apa sebenarnya yang diboikot oleh segelintir penyokong Sabah. Sebenarnya kesan perubahan yang keterlaluan dan membelakangi penyokong menyebabkan ketidakpuasan hati penyokong. Bukannya tidak puas hati dengan para pemain.

Senario ini berbeza. Walaupun Sabah mencapai kemenangan sulung di Stadium Likas walau ada beberapa penyokong tidak hadir #boikot. Masalah utama di sini adalah Kepimpinan SAFA dan bukan pemain. Tahniah diucapkan kepada semangat comeback mantap para pemain ketika menentang Terengganu FC ll. Saya menyarankan supaya SAFA mengambil dan memikirkan soal bagaimana menarik penyokong datang ke stadium daripada membuat beberapa keputusan dan peraturan yang meragukan.
Jika kepimpinan SAFA berterusan melakukan perubahan drastik sesuka hati & tidak mesra penyokong. Penyokong Rhinos ada hak bersuara!

Perlawanan seterusnya pasukan Sabah adalah menentang Sarawak FA di Kuching pada 23 Februari 2019. Teruskan momentum kemenangan Rhinos Sabah!
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog