Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 21 Februari 2019

North Borneo Ultras dirindui penyokong bola sepak


North Borneo Ultras dirindui penyokong bola sepak

Ketiadaan North Borneo Ultras ke stadium pada pertemuan dengan Terengganu FC ll menyebabkan keadaan sunyi sepi  stadium semasa perlawanan. Ada beberapa penyokong yang telah bertanyakan kepada admin menagapa Nort Borneo Ultras tidak hadir ke stadium. Sebelumnya North Borneo Ultras adalah penyeri semasa perlawanan dengan pukulan instrument yang mereka mainkan. Tetapi selepas SAFA mengeluarkan peraturan untuk semua alat muzik dan sepanduk harus meminta kebenaran dari SAFA maka berlaku ketidakpuasan hati penyokong.
Selamat pagi...saya nak bertanya tentang status North Borneo Ultras....adakah SAFA telah mengharamkan mereka daripada masuk ke stadium likas semasa sabah home???....ini berikutan semasa perlawanan sabah vs terengganu fc II....dimana kelibat penyeri stadium likas tidak kelihatan smasa perlawanan tersebut....malah kehadiran anggota ultras bersma instrument mereka jgk tidak kelihatan di luar stadium.....perkara ini amat mengecewakan penyokong yang datang pada malam itu....kerana keadaan stadium amat sunyi tanpa kehadiran mereka....malah selesai perlawanan jgk....kedengaran ramai penyokong meluahkan rasa kecewa kerana North Borneo Ultras tidak beraksi pada malam itu sebagai pemain ke12 utk pasukan sabah.....di harapkan pihak SAFA dpt membenarkan kehadiran ultras ini ke stadium likas untuk perlawanan seterusnya dan untuk perlawanan yang akan datang.

Baca: Skuad muda Tambadau tewas aksi pembukaan

Ada penyokong bola sepak yang meluahkan pendapat dan pandangan tentang isu ini.  Di ruangan message page Buletin Sabah FA ada penyokong yang memberi pandangan yang baik untuk kebaikan kemajuan bola sepak Sabah. Ternyata mereka masih mahu melihat fan base sperti North Borneo Ultras memeriahkan suasana perlawanan. Ia salah satu cara juga untuk menarik penyokong untuk datang ke stadium. Diharapkan agar pihak SAFA dan penyokong ada jalan tengah untuk perkara ini.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog