Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 17 Februari 2019

Gol kedua JDT II berunsurkan 'jual perlawanan'

PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin; Naib Presiden FAM, Datuk Rosmadi Ismail dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam hadir pada Majlis Pelancaran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). - Foto Sairien Nafis

Gol kedua JDT II berunsurkan 'jual perlawanan'


Aksi antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Perlis di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jumaat lalu sedang dalam pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Badan induk itu mahu memastikan tindakan diambil sewajarnya jika insiden membabitkan gol kedua JDT II itu berunsurkan 'jual perlawanan'. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, insiden itu sudah dipanjangkan kepada MFL untuk diperhalusi sebelum sebarang tindakan diputuskan.
"Saya sudah maklumkan kepada bahagian integriti untuk periksa perkara ini," katanya ketika Majlis Pelancaran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), semalam.

Pada majlis berkenaan, FAM secara rasminya melancarkan liga futsal profesional MPFL buat julung kali dan dijadualkan berlangsung April ini. Pelancaran itu sebagai langkah maju ke depan dalam pertandingan futsal ketika FAM bergerak ke era lebih profesional seiring dengan Peta Hala Tuju F:30. Sebanyak 10 pasukan kategori lelaki akan mengambil bahagian dan lima untuk saingan wanita.



MPFL akan dilangsung dengan format timbal balik dengan setiap pasukan akan beraksi di gelanggang sendiri dan tempat lawan berbanding hanya berbentuk temasya pada penganjuran sebelum ini. Selain itu, aspek pelesenan kelab turut diperkenalkan dalam edisi pertama bagi memastikan struktur organisasi mejadi lebih kukuh membabitkan sudut kesukanan, insfrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, undang-undang serta kewangan.



"Saya sangat teruja dan berharap lebih banyak pasukan membuat persediaan rapi. Kita akan menuju ke arah karakter dan sikap profesional terutama dalam terma perlesenan kelab yang bakal dilaksanakan nanti," kata ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong.---bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog