Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 22 Februari 2019

Tambadau beraksi tanpa Luiz Junior

Tambadau beraksi tanpa Luiz Junior



Sabah beraksi tanpa kelibat penyerang import, Luis Carlos Caetano De Azevedo Junior, dalam aksi Liga Perdana 'derby' Borneo bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Kuching. Pemain dari Brazil itu mengalami kecederaan paha semasa perlawanan menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, minggu lalu. Kecederaan Junior tidaklah begitu serius, namun beliau tidak mahu mengambil risiko kerana saingan liga masih panjang.

"Memang kami mengharapkan Junior dapat beraksi tetapi saya lihat dia belum cukup bersedia untuk perlawanan Sabtu ini (esok).  "Saya putuskan untuk tidak membawanya bersama kerana kami tidak mahu mengambil risiko dan biarlah dia berehat serta menjalani pemulihan di sini (Kota Kinabalu)," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.

Junior masih belum mencatat nama sebagai penjaring skuad Tambadau itu tetapi masih agak terlalu awal untuk menilai kemampuan penyudahnya selepas hanya beraksi dua perlawanan sejak diikat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), termasuk ketika tercedera dalam aksi bertemu TFC II. Sementara itu, Jelius menganggap beraksi pada waktu petang bakal memberi cabaran kepada mereka.

"Bermain pada waktu petang agak sukar sedikit berbanding malam kerana cuaca kini agak panas dan rekod bermain pada waktu petang musim lalu juga tidak begitu memihak kami. "Bagaimanapun, tahun ini kami berusaha untuk mengatasi masalah ini dan saya yakin pemain mampu memberikan terbaik mereka," katanya. "Sudah semestinya kami mengharapkan kemenangan kerana kami mahu meneruskan momentum selepas menewaskan TFC II. Namun kami juga tidak memandang mudah cabaran Sarawak. "Tahun ini, Sarawak dibarisi ramai pemain muda dan pasukan ini akan 'terus berlari' dengan pemain-pemain muda mereka tetapi apa yang penting, kami mengekalkan prestasi baik seperti sebelum ini dan itu adalah kunci untuk menewaskan mereka (Sarawak)," katanya.

Jelius akan mengekalkan kesebelasan utamanya sebelum ini kecuali memasukkan Ricco Nigel Milus bagi menggantikan Junior. Rodoljub akan kembali beraksi selaku penyerang utama yang akan dibantu oleh Luka Milunovic dan Maxsius Musa.

*Kredit imej SAFA Media Team



--- Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog