Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 17 Februari 2019

Perlis mungkin tersingkir daripada Liga Perdana

Perlis mungkin tersingkir daripada Liga Perdana



Skuad Singa Utara berdepan kemungkinan disingkirkan daripada Liga Perdana 2019 selepas Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dikatakan masih gagal mengemukakan dokumen terperinci mengenai status kewangan mereka kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL). PFA diberi tempoh sehingga hari ini untuk mengemukakan dokumen kewangan kepada MFL yang akan menentukan nasib skuad Singa Utara itu musim ini.

Sama ada pasukan itu boleh meneruskan saingan dalam Liga Malaysia 2019 atau bakal disingkirkan, PFA bagaimanapun mengabaikan peluang yang diberikan MFL. Difahamkan, persatuan itu langsung tidak menyerahkan sebarang dokumen berkaitan seperti yang dituntut selewat-lewatnya pada jam 5 petang hari ini.

MFL mengesahkan hanya lima daripada tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji sudah menyerahkan dokumen kewangan sehingga hari ini. Sebarang tindakan akan diserahkan kepada ahli lembaga MFL untuk diputuskan kemudian, namun berdasarkan kes terdahulu, beberapa pasukan telah disingkirkan penyertaan gara-gara isu tunggakan gaji yang serius.

"Impaknya mungkin pasukan bakal terkesan dengan geran tahunan yang akan diterima, iaitu RM3 juta untuk pasukan Liga Super dan RM1 juta buat skuad Liga Perdana. "Jika perkara-perkara ini gagal, selain pemotongan geran, kami akan menyerahkan kepada ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan," tegasnya.---Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog