Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Februari 2019

Vinicius Junior sambung legasi Ronaldo di Real Madrid

Vinicius Junior sambung legasi Ronaldo di Real Madrid



SETELAH Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid, ramai yang tertanya-tanya mengenai masa depan kelab itu. Adakah ia mampu bersinar, sebagaimana sewaktu Ronaldo masih bersama mereka? Itu antara persoalan yang sering dibangkitkan pemainat-peminat bola sepak. Terbaharu, kehadiran Vinicius Junior dikatakan bakal melenyapkan legasi Ronaldo sebelum ini.

Baru berusia 18 tahun, pemain Brazil itu menyertai Real Madrid pada musim panas lalu dengan £40 juta (RM184 juta). Dia dilahirkan pada 12 Julai 2000 di Sao Gancolo, Rio de Janeiro dan memulakan kerjaya dengan kelab Flamengo pada 2017. Tersenarai di kedudukan ke-39 sebagai pemain bawah 24 yang terbaik di dunia.

Bagaimanapun, jurulatih baharu, Julen Lopetegui dikatakan tidak mempercayai bakat Vinicius dan hanya meletakkannya dalam kumpulan Madrid B sahaja. Pasukan itu juga kini berhadapan dengan detik sukar dengan krisis jaringan gol terburuk dalam sejarah mereka. - Mirror.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog