Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 23 Februari 2019

Sabah ‘tanduk’ Sarawak dalam pertembungan Borneo Derby

Sabah ‘tanduk’ Sarawak dalam pertembungan Borneo Derby




Kapten Sarawak, Bobby Gonzales berjaya melakukan tandukan ke gawang Sabah dalam aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.


Kedudukan Sarawak dalam kempen Liga Premier 2019 semakin goyah selepas kekalahan tipis 1-2 di tangan Sabah dalam pertembungan ‘Borneo Derby’ di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini. Kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum menerusi dua jaringan pantas jentera serangan Sabah pada babak pertama.


Gol pertama pasukan kendalian Jelius Ating hadir menerusi rembatan kencang pemain import dari Serbia, Rodoljub Paunovic pada minit ke-35. Tiga minit kemudian gawang tuan rumah bocor lagi kali ini menerusi bekas pemain bekas Sarawak, Sabri Sahar yang berjaya mengelecek dua pertahanan sebelum melepaskan sepakan leret untuk menewaskan penjaga gol, Andy Nicholas Nipen.

Baca: Tambadau beraksi tanpa Luiz Junior


Sarawak berjaya menyusun rentak pada babak kedua namun penyudah kurang kreatif menggagalkan hasrat untuk mencari jaringan. Stadium Negeri bergema dengan sorakan lebih 2,000 penyokong pada minit ke-76 selepas Pedro Henrique Dias berjaya menjaringkan gol yang dicari. Gol itu bagaimanapun dibatalkan pengadil, Jeevanathan Ponniamoorthy kerana mendakwa bek dari Brazil itu sudah berada dalam posisi ofsaid.


Pedro bagaimanapun berjaya membalas kekecewaan itu dengan menjaringkan gol pada minit ke-88 selepas menyambar hantaran leret Muamer Salibasic. Ia kekalahan ketiga Sarawak setakat ini untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan kesembilan liga dengan hanya mengumpul tiga mata.


---- Utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog