Tambadau raih kemenangan pertama
Tambadau Sabah bangkit dari ketinggalan 1-0 dan kehilangan khidmat penyerang utama, Luiz Carlos Junior pada separuh masa pertama dengan membenamkan Terengganu FC II 3-1 untuk kemenangan pertamanya dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas malam tadi.
Sabah ketinggalan 1-0 hasil jaringan Mohd Ramzi Sufian pada minit ke-39 dengan menyempurnakan hantaran Mohd Ridzuan Mohd Razali.
Sabah yang meneruskan babak kedua dengan hanya tiga import bagaimana pun tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pertahanan import, Park Taesu menjaringkan gol pada minit ke-50 ketika pergelutan di dalam kotak penalti.
Pemain import skuad Tambadau, Luka Milunovic kemudian menjadikan kedudukan Sabah 2-1 menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 25 meter pada minit ke-64.
Ricco Nigel Milus yang menggantikan Junior selepas mengalami kecederaan pada aminit ke-31 separuh masa pertama kemudian menceriakan lebih 2,000 penyokong tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran Milunovic pada minit ke-73 untuk mengesahkan kemenangan 3-1 Sabah.
Baca juga: Sabah FA benam Tfcll
Kemenangan itu adalah yang pertama buat skuad kendalian Jelius Ating selepas kalah dan seri dua perlawanan pertamanya.--Utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan