Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 20 Februari 2019

Gol Nazirul Naim menentang Ulsan Hyundai boleh tercalon anugerah Puskas



Gol Nazirul Naim menentang Ulsan Hyundai boleh tercalon anugerah Puskas


Walaupun Perak tewas 1-5 kepada Ulsan Hyundai dalam saingan "Play Off" ACL tetapi gol cantik Nazirul Naim menjadi bualan penyokong bola sepak. Gol tunggal Nazirul hadir dalam sudut yang sangat sukar tetapi tetap menghasilkan gol. Ramai penyokong khususnya di media sosial facebook dan youtube.com berpendapat gol Nazirul boleh tercalon dalam anugerah Puskas.


Pada perlawanan tersebut Perak tersingkir ke undian utama ACL selepas tumpas 1-5 kepada wakil Korea Selatan Ulsan Hyundai. Tahap permainan liga Korea Selatan dan Malaysia masih jauh berbeza. Gol-gol yang terhasil juga semuanya berkualiti dan ia sangat baik untuk pasukan Perak menimba pengalaman menentang pasukan yang lebih berkualiti.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog