NEYMAR. - Foto AFP
Neymar 'menangis 2 hari'
Neymar ‘menangis dua hari’ selepas cedera kaki kanan buat kali kedua pada Januari, kata televisyen Brazil selepas temubual disiarkan hari ini. Pemain Paris Saint-Germain berusia 27 tahun itu menyedari dia cedera di bahagian metatarsal yang sama pada Februari 2018, yang memerlukan pembedahan dan ia serius.
“Ia lebih rumit. Kali pertama saya cedera, saya akan menjalani pembedahan, ‘ia perlu diatasi secepat mungkin’. Saya tidak sedih,” katanya kepada Globo TV. “Kali ini, ia lebih sukar. Saya menangis dua hari di rumah.”
Kecederaan dialami pada saingan Piala Perancis ketika menang mengatasi Strasbourg pada 23 Januari mengetepikan penyerang Brazil itu selama 10 minggu. PSG berharap dia akan sembuh dan beraksi buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara pada suku akhir pada April. Kali ini pakar perubatan mengambil keputusan untuk melakukan perubatan konservatif berbanding satu lagi pembedahan. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan