Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 20 Februari 2019

Kritik pengadil Nwakaeme terima surat

Kritik pengadil Nwakaeme terima surat 



Pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme, bakal menjadi pemain pertama Liga Malaysia yang menerima surat tunjuk sebab ekoran kritikan terbukanya ke atas mutu pengadilan perlawanan melibatkan pertemuan di antara Melaka dan Pahang tempoh hari.
Pengerusi jawatankuasa pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid, mengakui unitnya kini sedang meneliti ulasan yang dibuat Nwakaeme sebaik tamat perlawanan tempoh hari. Nwakaeme yang mengkritik mutu pengadilan masih di takuk lama menganggap pengadil perlawanan, Wan Tarmizi Wan Ibrahim, tidak menjalankan tugas dengan sempurna.

"Saya akan bawa perkara ini kepada sekretariat dan kami akan siasat dulu. Saya memang baca perkara itu tetapi kami akan kaji. Jika segalanya tepat, sekretariat akan menghantar surat tunjuk sebab," ujar Dali. "Saya tidak mengatakan pengadil tidak boleh ditegur. Itu bukan caranya. Apa yang betul tetap betul, apa kesalahan yang dilakukan pengadil tetap salah. Saya memberitahu pengadil bahawa mereka perlu tegas dan adil."

Sebelum ini, dua jurulatih Liga Super iaitu pengendali Selangor, B. Sathianathan, dan Abu Bakar Fadzim (PKNP FC) sudah diberi surat tunjuk sebab oleh FAM berhubung kritikan mereka ke atas pengadil selepas perlawanan.


Kredit foto: Pahang FA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog