Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 21 Mac 2019

ARIUSDIUS JAIS DIGUGURKAN SKUAD AKHIR MALAYSIA U23




ARIUSDIUS JAIS DIGUGURKAN SKUAD AKHIR MALAYSIA U23s


Datuk OKS telah mengugurkan empat pemain dalam senarai akhir dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020. Antara pemain yang telah digugurkan R.Kogileswaran (Pahang), Nazirul Afif Ibrahim (Perak), Afif Ar-Rashid Ariffin (PKNS FC) dan Ariusdius Jais (Sabah) untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang bakal menghadapi saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam bermula esok.

Perlawanan pertama Malaysia adalah dengan menentang Filipina, seterusnya Laos (Ahad) dan China pada hari selasa.

Wakil dari Sabah Ariusdius Jais tidak berjaya menempatkan diri ke senarai akhir skuad Malaysia B23. Ariusdius bermain dibahagian serangan sama ada di bahagian sayap kiri dan kanan mahupun sebagai penyerang kedua ataupun sebagai attacking midfield. Seorang pemain yang berkemahiran tinggi dan mempunyai work rate sepasukan yang sangat baik. Dengan penguguran ini hanya Evan Wensley wakil tunggal Sabah yang beraksi bersama skuad Datuk OKS. Bermain dibahagian pertahanan dan memiliki kemahiran bertahan yang sangat baik.



Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan mara secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 bersama tuan rumah, Thailand.
Hanya empat atau lima pasukan di tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Tahun lalu, Malaysia melakar sejarah apabila mara ke suku akhir dalam penampilan sulung kejohanan tersebut yang berlangsung di China.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog