NORSHAHRUL Idlan diasak oleh pemain Singapura pada saingan Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah
Malaysia gagal ke final
Hasrat Malaysia menjulang Piala Airmarine pada penganjuran sulung gagal direalisasikan selepas tewas 1-0 kepada negara jiran, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Secara keseluruhan permainan dilihat dikuasai oleh Malaysia tetapi Singapura lebih bagus memanafaatkan peluang yang ada. Pemain naturalisasi Sumareh dilihat memiliki banyak peluang menjaringkan gol tetapi gagal menyudahkannya. Zaquan bermain sepenuh hati tetapi tidak mempunyai nasib yang baik untuk menjaringkan gol.
Minit ke-82, Singapura yang lebih banyak bertahan di babak kedua akhirnya membuka jaringan menerusi bekas import PKNS FC, Faris Ramli yang bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum tenang menolak bola ke gawang.
Kegagalan Malaysia melangkah ke final telah mengecewakan ramai peminat bola sepak. Malaysia akan menentang Afghanistan untuk penentuan tempat ketiga/keempat pada hari Sabtu. Manakala Oman dan Singapura membuat perhitungan di final Piala AirMarine 2019.
0 comments:
Catat Ulasan