Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 22 Mac 2019

Real buru Pogba, Hazard, Mbappe

PEMAIN idaman Real Madrid (dari kiri) Pogba, Hazard dan Mbappe.

Real buru Pogba, Hazard, Mbappe



Bintang Perancis, Kylian Mbappe, Paul Pogba, Matthijs de Ligt dan Eden Hazard disenarai peminat Real Madrid sebagai pembelian idaman pada musim panas ini dalam undian yang dijalankan akhbar Sepanyol, Marca.

Lebih 200,000 peminat Real di seluruh dunia berpeluang mengambil bahagian dalam undian berkenaan yang dibahagikan kepada beberapa posisi tertentu.

Selepas dilabel antara prospek paling mengujakan, penyerang muda Paris Saint-Germain (PSG) Mbappe mendapat peratusan undian tertinggi di bahagian serangan iaitu 79 peratus berbanding bintang lain seperti Neymar dan peledak England, Harry Kane.
Di bahagian tengah, pemain Manchester United, Pogba yang dikaitkan dengan perpindahan ke Bernabeu sejak beberapa minggu lalu memperoleh undian tertinggi mengatasi Sergej Milinkovic-Savic, bintang Bayern Thiago dan Miralem Pjanic.

Pemain Chelsea, Hazard dalam pada itu memperoleh 70 peratus undi bagi bahagian perancangan mengatasi pemain Tottenham, Christian Eriksen dengan kedua-dua bintang Liga Perdana itu dilabel sebagai pembelian berpotensi pada musim panas ini.

Begitupun kejutan berlaku di bahagian pertahanan apabila peminat kelab itu meletakkan pemain Ajax, De Ligt sebagai pilihan utama diikuti pemain Inter Milan, Milan Skriniar, Kalidou Koulibaly (Napoli).

De Ligt yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona memenangi undian berkenaan selepas kapten Ajax itu meraih 67 peratus undian.

Seperti pemain-pemain lain yang berada dalam senarai berkenaan, Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Real susulan kepulangan semula pengurus Zinadine Zidane pada awal bulan ini.

Tetapi berdasarkan ESPN, PSG sudah memberi jaminan kepada orang yang rapat dengan Mbappe yang pemain berusia 20 tahun itu tidak akan ‘terpikat’ dengan sebarang tawaran perpindahan ke kelab lain. - Agensi
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog