Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Mac 2019

Chelsea sedia jual Hazard

Hazard pernah menyatakan minatnya terhadap Real dan Zinedine Zidane, dan berulang kali mengakui hasratnya untuk menyarung jersi Real Madrid. - Foto AFP

Chelsea sedia jual Hazard

Chelsea mahu sekurang-kurangnya 98.5 juta pound (RM532.8 juta) untuk Eden Hazard selepas menolak tawaran awal Real Madrid untuk penyerang itu.

Real membuat tawaran untuk Hazard minggu ini, tetapi ditolak Chelsea yang mahu menjual pemain Belgium itu pada harga tertinggi kelab.

Hazard mahu menyertai Real dan melihat situasi berkenaan daripada sudut positif, kerana dia percaya kelab gergasi Sepanyol itu akan berusaha mendapatkan khidmatnya.
Chelsea bersedia menjual Hazard pada jendela perpindahan musim panas ini, tetapi tidak akan menerima tawaran kurang daripada 98.5 juta pound. 

Kelab London itu masih membuka pintu untuk berunding dengan Real, tetapi kelab Sepanyol itu dilaporkan belum bersedia untuk memenuhi harga terbaru itu.

Real menjual Cristiano Ronaldo kepada Juventus musim panas lalu pada harga sekitar 105 juta pound (RM568 juta) dan Chelsea merasakan Hazard mempunyai nilai hampir sama.

Hazard yang kini mempunyai tugasan antarabangsa bersama Belgium, pernah menyatakan minatnya terhadap Real dan Zinedine Zidane, dan berulang kali mengakui hasratnya untuk menyarung jersi Real Madrid.

Kepulangan Zidane ke Real Madrid menguatkan lagi keinginan Hazard menyertai Real. Pemain 28 tahun itu setakat ini belum menandatangani lanjutan kontrak bersama Chelsea yang kini masuk ke tahun terakhir. – AGENSI
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog