PEMAIN Malaysia, Mohd Faiz Mohd Nasir melepasi pemain Afghanistan, Hassan Amin ketika perlawanan Piala Airmarine 2019 antara Malaysia menentang Afghanistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah.
Malaysia tempat ketiga Piala Airmarine
Malaysia menduduki tempat ketiga bola sepak empat penjuru Piala Airmarine selepas menewaskan Afghanistan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Afghanistan yang dibelasah Oman, 5-0, sebelum ini lebih dulu berada di depan menerusi jaringan Faysal Shahyesteh pada minit ke-32, sebelum disamakan oleh Faiz Nasir ketika saingan babak pertama seminit lagi untuk berakhir.
Gol kemenangan skuad Harimau Malaya menerusi jaringan sendiri oleh pemain lawannya itu, Abassin Alikhil pada minit ke-84.
0 comments:
Catat Ulasan