Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 18 Mac 2019

Perlawanan persahabatan MU vs Sabah FA





Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan. - Foto Rasul Azli Samad

Perlawanan persahabatan MU vs Sabah FA



Pasukan Tambadau Sabah akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Liga Super Melaka United pada 20 & 21 Mac ini. Perlawanan ini sangat penting bagi mengekalkan kecergasan para pemain Sabah di samping memantapkan beberapa kombinasi pemain dalam posisi masing-masing. Sekarang ini adalah waktu rehat bagi Liga Malaysia.

Bagi pasukan Melaka United pula, kesempatan ini membolehkan pengendalinya membuat beberapa kombinasi pemain bagi mendapatkan keserasian mantap.

Pasukan Liga Super Melaka United (MU) sudah membentuk dua pasukan dalam misi memberi peluang kepada semua pemain beraksi dalam perlawanan persahabatan berdepan Sabah pada Rabu dan Khamis ini di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.


Ketua jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan berkata dua pasukan berkenaan memberi ruang yang lebih luas kepada semua pemain termasuk barisan simpanan memperaga persembahan terbaik.


Beliau berkata, perlawanan dua hari berturut-turut itu juga antara usaha bagi memantapkan persembahan skuad Hang Tuah menjelang saingan Liga Super berdepan PKNS FC pada 29 Mac ini.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog