Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 18 Mac 2019

DEBUT CEMERLANG EVAN WENSLEY BERSAMA MALAYSIA U23


DEBUT CEMERLANG EVAN WENSLEY BERSAMA MALAYSIA U23

Perlawanan persahabatan semalam menyaksikan pasukan Malaysia U23 mengikat jaguh Asia Australia U23 dengan jaringan 1-1. Jaringan lewat permainan oleh pemain gantian Nik Azli menceriakan ribuaan penyokong yang hadir.

Pemain muda Sabah, Evan Wensley telah melakukan debut cemerlang bersama skuad Malaysia U23. Telah dimasukkan pada babak kedua perlawanan dan beraksi baik di barisan pertahanan. Cuma rasa gugup dan kekurangan pengalaman aksi antarabangsa menjadi kelemahan ketara Evan. Terutama kepada hantaran kepada rakan yang sering ke laut. Dari aspek bertahan tidak diragui kekuatan Evan yang bijak menutup ruang. Seorang lagi pemain dari Sabah yang tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut adalah Ariusdius Jais.

Bagi Evan pengalaman seperti ini sangat penting dan ketua jurulatih Tambadau Sabah Jelius Ating sudah boleh memberi peluang aksi kepada pemain muda ini dalam skuad senior Sabah. Evan yang dilihat boleh beraksi mana-mana posisi pertahanan tetapi the best posisi bagi pemain ini adalah Canter Back.
Selamat maju jaya Evan!


Laporan penuh perlawanan persahabatan Malaysia U23 vs Australia U23:


Berbaki empat hari lagi ke pusingan Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020, skuad negara tampak perlu terus bekerja keras dalam usaha merebut tiket automatik ke saingan terbabit.

Sekalipun berjaya mengikat skuad B-23 Australia 1-1 malam ini, jelas masih ada lagi kelemahan perlu diperbaiki skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menjelang sepak mula kelayakan Jumaat ini.
Positifnya, keputusan malam ini membuktikan semangat pemain negara yang tidak berputus asa meskipun ketinggalan sehingga berjaya mencetuskan kebangkitan dengan meledak gol penyamaan di hujung permainan.

Aksi bermula seimbang dengan kedua dua pasukan memperaga corak permainan berhati hati namun tindakan penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli yang beberapa kali lambat mengeluarkan bola hampir memberikan peluang kepada Australia meledak gol pembukaan.
Malaysia menghela nafas lega selepas nyaris dibolosi apabila Syamer Kutty Abba pantas mengeluarkan percubaan Joseph Champness di hadapan gawang gol selepas Haziq sudah tewas pada minit ke-24.

Malaysia banyak mengancam menerusi bahagian sayap dan beroleh beberapa peluang dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-29 selepas bola ditepis Jordan Holmes tiba di kaki Akhyar Rashid namun rembatan pemain muda itu terlalu tinggi.

Australia sekali lagi gagal menyudahkan peluang selepas bola dikeluarkan Haziq selepas penjaga gol itu menggelecek pemain Australia ‘tersangkut’ dan percubaan Champness sedikit tersasar ke bahagian kanan pintu gol Malaysia.

Bersambung babak kedua, pemain gantian, Faisal Abdul Halim mencetus impak segera apabila gerakannya mengatasi pertahanan Australia sebelum Holmes cemerlang menafikan percubaan pemain itu pada minit ke-46.

Bagaimanapun, gawang Malaysia akhirnya bolos tiga minit kemudian apabila Brandon Wilson menanduk masuk sepakan sudut sekali gus menewaskan penjaga gol gantian, Damien Lim Chien Kai untuk gol pembukaan perlawanan.

Ketika Australia berada di ambang kemenangan, Nik Azli Nik Alias memastikan Malaysia menamatkan saingan tanpa kekalahan di tempat sendiri apabila meledak gol penyamaan di minit akhir perlawanan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog