Kaki game 'buat duit' empat angka sebulan dengan PUBG
BUKAN sekadar hobi namun PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya.
Begitulah kisah seorang pelajar, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid yang bijak mencuri peluang terhidang dengan menjadikan permainan video popular itu sebagai mata pencarian tunggalnya.
Bagaimana mungkin? Jika ada yang tertanya-tanya, jejaka berusia 20 tahun itu mula melakukan penstriman video PUBG menerusi laman Facebook, sekitar enam bulan yang lalu.
Jelas Azim pendapatan yang diperolehinya menerusi aktiviti itu agak lumayan dan cukup untuk menampung diri serta kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan.
“Saya menjana pendapatan sekitar empat angka sebulan. Jadi duit itu saya gunakan untuk tampung saya belajar, bayar yuran dan sebagainya.
“Ibu bapa saya juga bersyukur apabila saya boleh buat duit dengan main game. Saya buat semua ni pun untuk tolong mereka.
“Pendapatan yang diperolehi, saya bahagikan dengan mereka. Saya 50 peratus, mereka pun 50 peratus,” ujar Azim kepada mStar Online.
Profail Azim atau Draxx dalam permainan PUBG.
Lebih dikenai sebagai Draxx dalam kalangan penggemar permainan itu, Azim mengakui ia langsung tidak mengganggu jadualnya sebagai pelajar.
Malah, permainan PUBG dan penstriman video di Facebook dianggap sebagai terapi untuk dia menghilangkan tekanan setelah seharian melakukan tugasan akademik di kampus.
“Saya biasanya akan buat live stream pada waktu malam, selepas habis kelas.
“Pada saya ia tak mengganggu atau abai pelajaran, tapi ia buat saya hilang stress tambah-tambah lagi apabila dapat berinteraksi dengan penonton dalam video itu,” ujarnya yang memiliki 15,000 pengikut di laman Facebook.
Selain Azim, seorang lagi jejaka iaitu Aiman Amirul Mohd Sahid turut menjadikan permainan video popular itu sebagai sumber pendapatan utamanya.
Lebih dikenali sebagai Man Parang, jejaka berusia 22 tahun itu mula berkecimpung dalam arena penstriman video PUBG sekitar setahun yang lalu.
“Saya menjana pendapatan menerusi penstriman video di Facebook, perlawanan PUBG yang lain tu macam pendapatan tambahan atau bonus sahaja.
“Secara kasarnya saya boleh dapat dalam empat angka sebulan,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang diperolehi.
Man sewaktu menjuarai pertandingan PUBG pada awal tahun ini.
Malah kata Man, ia merupakan pekerjaan pertamanya setelah dia tamat belajar dalam bahagian Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada awal tahun lalu.
Tambahnya lagi, permainan itu juga ada menyuntik elemen positif, tidak seperti yang dicanang oleh ramai pihak.
“Main game tak boleh terlalu taksub, kena ada masa juga. Ada yang menghadap sampai 12 jam, itu tak boleh.
“Saya main sekitar tiga jam sahaja, masa selebihnya saya luangkan dengan keluarga.
“PUBG juga banyak mengajar tentang semangat kerja berpasukan, agak berbeza dengan permainan lain,” katanya yang memiliki 24,000 pengikut di Facebook.
Untuk rekod, Man dan Azim merupakan ahi pasukan Yoodo Gank, pasukan PUBG tajaan syarikat penyedia perkhidmatan telefon Yoodo bersama dua lagi sahabatnya.
Pasukan itu turut dianggotai Muhammad Hazim Abd Hamid, 25, dan Mohammad Hafizi Baharudin, 23, yang mula ditubuhkan pada November tahun lalu.
Dalam pada itu, Yoodo juga bakal menganjurkan perlawanan PUBG bulanan yang dikenai sebagai Beat The Champions bermula 28 Mac ini.
Azim (paling kiri) diikuti Man, Hafizi dan Hazim.
Terbuka kepada semua penggemar PUBG, mereka perlu mengalahkan pasukan Yoodo Gank yang dianggotai empat jejaka berkenaan untuk merebut hadiah wang tunai.
Lebih menarik, wang tunai berjumlah RM600 pada bulan pertama akan digandakan ke bulan seterusnya jika tiada mana-mana peserta atau pasukan yang berjaya mengalahkan Yoodo Gank.
Untuk akses, anda boleh melayari laman mikro Yoodo pada 28 Mac ini.
Antara lain, Yoodo turut memperkenalkan data internet khas, PUBG Mobile Add-on untuk pengguna mereka.
Pengenalan data ini membolehan anda bermain permainan itu dengan data 20GB yang dilengkapi rangkaian 4G LTE pantas pada kadar berpatutan.
Malah, data tambahan khas ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna Yoodo sehingga 30 April depan.
0 comments:
Catat Ulasan