Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Mac 2019

SELEPAS MELAKA UNITED, SABAH FA AKAN MENGUJI TARING DENGAN PKNS FC



SELEPAS MELAKA UNITED, SABAH FA AKAN MENGUJI TARING DENGAN PKNS FC


Pasukan Sabah akan menguji para pemain dalam tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Liga Super di Semenanjung minggu ini.

Sabah FA akan menentang Melaka United pada 20 dan 21 Mac di Stadium Hang Jebat dan seterusnya ke Stadium MBPJ Selangor menentang PKNS FC pada 23 Mac.

Antara pemain yang akan beraksi:-

Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rining, Mafry Balang, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Muhammad Mohd Safar, Mohd Azizan Nordin, Alto Linus, Melky Balang, Jenius Karib, Randy Baruh Samson, Justin Samaan, Mohd Azwan Abd Fattah, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Elias Sulaiman, Sabri Sahar, Rahman Shah Marajeh, Stanely Sulong, Mazlan Yahya, Ranilson Batuil, Park Tae Su, Rodoljub Paunovic dan Luka Milunovic.

JELIUS (kiri) memberi arahan kepada Paunovic semasa latihan di Stadium Likas pada Isnin. - Gambar ihsan Media SAFA.

Luiz Carlos Junior tiada dalam senarai, difahamkan penyerang import dari Brazil itu tidak dibawa kerana masih dalam proses pemulihan dari kecederaan otot paha.

Baca: SAKSIKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MELAKA UNITED VS SABAH FA


Pasukan Sabah memerlukan perlawanan ini ekoran rehat panjang kira-kira tiga minggu saingan Liga Premier. Di samping itu perlawanan pemanas badan itu juga penting bagi menilai kemampuan pasukan menghadapi pasukan dari Liga Super.

PKNS FC kini di kedudukan keempat carta Liga Super selepas mengumpul 11 mata dari enam perlawanan dengan rekod tiga menang, dua seri dan satu kalah manakala Melaka United telah mengumpul 10 mata di tangga kelima dengan rekod tiga menang, satu seri dan dua kalah.

Sabah pula di tangga kedua Liga Premier selepas mengumpul 11 mata dari enam perlawanan dengan rekod tiga menang, dua seri dan satu kalah.

Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran Liga Premier menentang Pulau Pinang di Stadium Likas pada 30 Mac.

Selepas itu, Tambadau Sabah beralih tumpuan kepada saingan kalah mati pusingan kedua Shopee Piala FA menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan pada 3 April.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog