Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Mac 2019

Real Madrid jadikan Greath Bale umpan dapatkan Hazard dari Chelsea

Real Madrid jadikan Greath Bale umpan dapatkan Hazard dari Chelsea


Hazard menjadi sasaran Real Madrid dan sedia lepaskan Bale (kanan).

Real Madrid jadikan Greath Bale umpan dapatkan Hazard dari Chelsea. Bale dikaitkan sedia meninggalkan Santiago Bernabeu biarpun Zinedine Zidane kembali menguruskan pasukan itu, namun rekod kecederaan dan gaji akan menyekat perancangannya itu.
Menurut laporan Mirror Football, Los Blancos sedia untuk 'memburu' Hazard yang telah lama diintai dan bakal menawarkan sesuatu yang menarik kepada bintang Chelsea itu. Sekiranya benar berlaku, ia dianggap impian menjadi kenyataan buat Hazard yang sudah lama mengidam menyarung jersi kelab La Liga.

Dia juga tanpa berselindung menyatakan Zidane adalah idolanya sejak zaman remaja. Menurut laporan HLN, kontrak telah siap untuk kedua-dua kelab tetapi masih belum mencapai sebarang persetujuan.-OneFootball
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog