Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 22 Mac 2019

CADANGAN BINA VELODROM BERBASIKAL DI PUTATAN

CADANGAN BINA VELODROM BERBASIKAL DI PUTATAN




Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari. Gambar Fail SNT/Datu Ruslan Sulai

Awang Husaini berkata beberapa projek besar yang telah dilaksanakan memberikan impak kepada perkampungan di sekitar Parlimen Putatan, antaranya Projek Pembesaran Sungai dan juga projek Lebuhraya Pan Borneo.

Jesteru itu, penduduk-penduduk kampung yang terlibat dengan projek-projek tersebut terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada proses pembangunan setempat.

“Amatlah diharapkan agar kementerian lebih peka berkenaan dengan perkara ini,” katanya dalam ucapan menjunjung kasih Titah DiRaja di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Husaini turut meminta agar Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan untuk membina sebuah Velodrom bagi sukan berbasikal di Sabah.

“Saya ingin menyatakan bahawa di Semenanjung Malaysia terdapat dua buah Velodrom iaitu Velodrom Nasional di Nilai dan juga Velodrom Rakyat Ipoh di Perak.

“Namun demikian, sehingga kini tiada langsung Velodrom dibina untuk negeri Sabah dan Sarawak.

“Maka dengan itu, saya memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan agar agar meluluskan pembinaan sebuah Velodrom di negeri Sabah khas untuk meningkatkan lagi kualiti sukan berbasikal di negara Malaysia,” katanya.

Menurutnya, beliau versedia untuk menyediakan tapak bagi tujuan pembinaan Velodrom tersebut.-SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog