Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 21 Mac 2019

5 Pemain muda jadi rebutan kelab elit dunia

5 Pemain muda jadi rebutan kelab elit dunia


Kylian Mbappe

SETIAP kelab gergasi dunia mempunyai formula tersendiri untuk memastikan pasukan mereka tidak ketandusan pemain-pemain berbakat yang mampu menjadi bintang dunia.

Malah pemain-pemain muda yang dimiliki itu bukan calang-calang nama memandangkan ‘ubi’ muda ini rata-ratanya sudah mempunyai kap kebangsaan mahupun rekod baik di peringkat kelab.

Lebih penting mereka ini sudah bersedia bila-bila masa untu diserapkan dalam skuad utama.

Berikut antara 5 pemain muda terbaik dunia mengikut ranking yang sentiasa diintai kelab-kelab besar di Eropah:




1.Kylian Mbappe,20, Paris Saint-Germain (Perancis)

Kylian Mbappe

Mbappe merupakan pemain muda yang paling menjadi sebutan dan sentiasa disenaraikan dalam skuad utama. Biarpun baru mencecah 20 tahun, tetapi penyerang PSG itu antara pemain terbaik dunia.

Dia membuktikan nilainya tinggi ketika aksi bersama skuad kebangsaan Perancis yang menjadi juara Piala Dunia di Rusia tahun lalu dan dianugerahkan sebagai Pemain Muda Terbaik Fifa 2018.

2.Jadon Sancho,19, Borussia Dortmund (England)

Jadon Sancho

Biarpun namanya tidak disebut sekerap Mbappe, Sancho membuktikan tenaga mudanya amat penting dalam senarai utama kelab. Untuk musim ini, Sancho berjaya mencipta 12 peluang gol dan melakukan 29 ‘dribble’ dalam lima penampilan.
Dia merupakan bekas pemain muda kelab Watford dan Manchester City sebelum ke skuad senior bersama Dortmund. 

Sancho juga merupakan pemain kebangsaan skuad England.

3.Ibrahim Konate,19, RB Leipzig (Perancis) 


Ibrahim Konate


Tiba di Leipzing secara perpindahan percuma pada 2017, dia tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dalam skuad utama.

Pemain pertahanan itu menjadi salah seorang tonggak penting di bahagian belakang musim ini.

Kelebihannya yang mampu membawa bola ke bahagian atas menjadi sebab utama dia adalah watak penting dalam skuad kelab Jerman itu.

4.Achraf Hakimi,20, Borussia Dortmund (Sepanyol)

Achraf Hakimi

Selepas dilepaskan oleh Real Madrid, pemain pertahanan ini berpindah secara pinjaman ke Borussia Dortmund dan tidak berpaling ke belakang lagi.

Dia membuktikan bahawa bakatnya mempunyai nilai tersendiri dan menjadi sebutan di Bundesliga. Dilahirkan di Sepanyol namun mempunyai kerakyatan beraksi dalam skuad kebangsaan Morocco.

5.Nicolo Zaniolo,19, Roma (Itali)

Nicolo Zaniolo

Zaniolo menamatkan musim 2018 dengan cemerlang apabila menjaringkan gol pertama bersama skaud senior dalam aksi Serie A. 

Pemain tengah ini turut mempamerkan aksi memukau dengan dua gol dalam perlawanan liga dan satu lagi ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu Porto.

Dia merupakan pemain skuad Itali Bawah 21 Tahun.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog