Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 17 Mac 2019

RM21,000 KUTIPAN PERLAWANAN AMAL UNTUK SUMBANGAN KEPADA BEKAS PEMAIN NEGERI

Kelihatan digambar warga Safa diketuai Peter dan pemain Pilihan Keningau bersama Paulus (kerusi roda di kanan) dan Jelius sebelum perlawanan. Gambar SNT/Ihsan Safa

RM21,000 KUTIPAN PERLAWANAN AMAL UNTUK SUMBANGAN KEPADA BEKAS PEMAIN NEGERI



Perlawanan amal antara Tambadau Sabah dan pasukan Pilihan Keningau di Stadium Keningau, semalam berjaya mengutip lebih RM21,000.

Wang tersebut telah disampaikan kepada dua bekas pemain Sabah iaitu Paulus Jimit dan Jelius Arurung yang turut bersama pada perlawanan itu.

Paulus lumpuh disebabkan serangan angin ahmar manakala Jelius menghidap masalah buah pinggang dan telah hilang penglihatan.

Ia adalah program amal Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) yang diterajui pemangku presiden Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Peter sebelum itu mengetuai rombongan Safa melawat Paulus di kediamannya di Tambunan dimana beliau juga mengumumkan Safa akan membantu membina sebuah rumah untuk Paulus.
Paulus menyarung jersi Sabah sejak 1970-an hingga 1990 dan pernah bergandingan dengan dua legenda negara dari Sabah, Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.

Pada 1983 beliau dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya namun terpaksa menolaknya kerana komitmen kerja JKR.

Tahun terakhir beliau beraksi bersama Sabah ialah pada 1990 bersama-sama dengan legenda bola sepak Sabah seperti Matlan Marjan dan Henry Anjun sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun Sabah.

Untuk rekod, perlawanan amal malam tadi dimenangi Tambadau Sabah 4-0.-SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog