Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 12 Mac 2019

Ada unsur lain kekalahan PDRM

Ada unsur lain kekalahan PDRM



Pengurus PDRM FA, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, mula mencurigai beberapa pemain pasukan itu selepas sering menunjukkan prestasi hambar yang menyaksikan skuad Sang Saka Biru itu merakamkan lima kekalahan dan hanya mengutip satu mata dalam Liga Perdana musim ini.

Kamarul menganggap seolah-olah terdapat faktor lain yang menyebabkan PDRM gagal meraih kemenangan meskipun menguasai perlawanan.

PDRM muncul pasukan pertama Liga Malaysia yang merehatkan jurulatih, Fauzi Pilus, dan digantikan dengan bekas pengendali Melaka United, E. Elavarasan, bagi tujuan membangkitkan semula pasukan itu.

Kamarul yang tidak dapat menyembunyikan hakikat itu menyatakan dia sedia melakukan pertukaran pemain termasuk ketika jendela perpindahan kedua dibuka nanti.

"Saya akan berboincang dengan jurlatih dan kalau pihak media ada mendapati sebarang perlakuan yang tidak baik dan bukti seperti rakaman bolehlah menghubungi saya.

"Saya berasakan sesuatu yang mengganggu gugat pasukan ini," katanya. 

Kekecewaan Kamarul bertambah memandangkan bayaran bonus tetap diberikan kepada pemain di sebalik kekalahan kepada Sabah sebelum ini, namun langkah itu turut gagal membangkitkan semangat barisan pemain untuk menjadi pencabar hebat kepada 10 pasukan lain.

"Pasukan yang menghadapi masalah kewangan boleh pula mencatat kemenangan, sedangkan kami melunaskan gaji tepat pada setiap 15 haribulan. 

"Kakitangan kerajaan pun belum dapat gaji, pasukan PDRM pula dapat gaji lebih awal. Bonus perlawanan yang kami berikan juga lebih tinggi, iaitu RM2,000 berbanding sesetengah pasukan Liga Super yang menawarkan RM1,000," ujarnya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog